Sunday, November 30, 2008

Tanam Serai pun boleh jadi Jutawan

Terjumpa satu lagi artikel yang menarik dan ringkas...

JUTAWAN SERAI.
Kalau anda ingin menjadi jutawan dalam masa setahun tanamlah serai.
Dibawah ini saya sertakan resepi bagaimana impian anda ini boleh dicapai.
Anda boleh jadi jutawan senyap dalam masa setahun tanpa takut di kejar LHDN kerana peniagaan pertanian di kecualikan cukai.

Kos Tanaman Serai Seekar.
1.Sewa tanah RM200
2.Membajak RM450
3.Benih RM600
4.Upah Tanam RM200
5.Baja RM1,000
6.Upah membaja RM200
7.Racun RM200
8.Upah Meracun RM200
9.Upah kutip hasil RM4,000
Jumlah Kos RM7,050
Jangkaan Hasil 20,000kg@RM0.70
Jumlah Hasil RM14,000
Keuntungan Semusim(6 bulan)=RM6,950.00
Keuntungan Setahun =RM13,900.00
Jika Anda Mahu Jadi Jutawan Tanam 100 ekar .
Anda akan mendapat keuntungan bersih setahun RM1,390,000.00


::we rule ok::

Saturday, November 22, 2008

Kelas Komputer

Ni dia gambar kat lab komputer..malam jea pegi lab buat report. Kalau tak silap tengah buat report praktikal.. Floppy disc besar giler

::we rule ok::

Monday, November 17, 2008

Diploma In Planting Industry and Management (DPIM) or Diploma Pengurusan Ladang

Mungkin ada adik-adik kita yang tercari-cari info pasal Diploma ni.. Satu course yang interesting and challenging yang hanya ditawarkan di UiTM Arau, UiTM Jengka dan UiTM Sabah. Sebelum ni dua kampus jea..Dahulunya hanya sekadar diperingkat Diploma tetapi sekarang ni sudah ditawarkan di peringkat Ijazah iaitu di UiTM Shah Alam.

Satu-satunya course yang menawarkan matapelajaran agriculture and management... Kata En Satar ..asal dari perkataan Agree and Culture. Ada subject management, human resource, economic and engineering etc.
Subject-subject yang diajar masa Part 1

1. Principle of Agriculture
2. Biology
3. Pendidikan Islam
4. Kesatria
5. English
Semester Break : Pratical kat Ladang UiTM..satu campus kita conquer beb.

Part 2

1. Chemistry
2. Principle of Economic
3. English
4. Mathematic
5. Physic
6. Pendidikan Islam
7. Co-curiculum
Semester Break : Practical kat agensi pertanian eg LPP, FAMA etc

Part 3

1. Acounting
2. Plant Science
3. Plant Protection
4. Agriculture Economics
5. English
6. Co-curiculum
7. Biometry
8. Pendidikan Islam
Semester Break : Practical kat Estet agency eg ESPEK / FELDA

Part 4

1. English
2. Costing
3. Soil Science
4. Crop Husbandry
5. Industrial Relation
6. Personnel Management
7. Pendidikan Islam
8. Co-curiculum
Semester Break : Practical kat Estet agency eg Tabung Haji / Sime Darby / Boustead

Part 5

1. Management Accounting
2. Soil Science 2
3. Crop Husbandry 2
4. Agriculture Engineering/Land Surveying
5. Basic Entreprenuer
6. History and Philosophy Of Science In Islam
Semester Break : Practical kat Estet Company eg Sime Darby / Boustead

Part 6

1. Plant Protection 2
2. Agriculture Extension
3. Agriculture Engineering/Land Surveying 2
4. Agriculture Marketing
5. Research Method Technique
6. History and Philosophy Of Science In Islam

Mungkin ada subject-subject yang telah ditukar atau dinaiktaraf (upgrade) maklum ler zaman dah maju dan teknologi berubah dengan pantas sekali. Salah satu subject yang penting sekarang ni ialah Biotechnology dalam bidang pertanian. Masa dulu dah ada dah macam biofuel from minyak sawit, hybrid rice production menggunakan kaedah biotechnology etc.. Cuba browse site ni http://www.monsanto.com/biotech-gmo/asp/experts.asp

Yang paling menarik pasal course ni ialah satu-satunya course yang bila grad terus di offer sebagai Assistant Manager. Kalau course diploma lain, kalau masuk kerja pun paling tidak Executive or Officer jea. Peluang untuk merantau memang tersedia..Sabah & Sarawak, Semenanjung 3-4 kali tukarlah. Belum grad lagi dah dapat kerja..
Kalau yang berhasrat nak melanjutkan peluang ke bidang lain juga boleh..lepas habis diploma boleh apply ambik Degree for any course yang available hatta faculty business sekali pun. Macam ada di antara kita ada yang ambik Degree Marketing and Retail. Sorang keje kat Celcom and sorang lagi kat Lecturer kat UiTM Shah Alam lepas buat Master kat US.

Ada jugak antara kita yang memilih profession perguruan selepas itu macam Che Rosnani, Winny and Linda.

Bak kata orang rezeki yang ditolak. Bila ditawarkan kursus ni ada gak yang tolak..dengar macam tak glamour tapi mungkin kurang info pasal course ni atau takut bila ada perkataan 'Planting' kat situ..hai abis ler nak kena bercucuk tanam pulak. Buah berderai dalam perahu..Belum try belum tahu.. jadikan tawaran yang diterima sebagai tiket untuk mencipta perjalanan hidup yang lebih baik.. at least dah ada diploma lepas tu panjatlah sampai PHD.. ilmu ni tak lekang kalau dikejar..
Course ni dah banyak generasi..kita pun dah generasi yang ke 36 itu tahun 1994 sekarang dah 2008..lu kiralah sendiri. Tapi for sure kalau campak batu kat estet-estet kat Malaysia ni mesti kena kepala budak DPIM punya..kalau tak caya trylah..
All the best pada semua.. selama ni kalau sapa-sapa dari UiTM Arau kalau sebbut DPIM mesti semua orang tahu... Kira course paling glamour jugak ler..
::we rule ok::

Tuesday, November 11, 2008

Share Farm

Ni kumpulan jutawan kacang tanah. Lepas harvest kacang lepak bawah timbunan pokok kacang sambil menikmati air kelapa.

Kita pernah tanam jagung..tanam kacang..ternak ayam..lagi tanam ape ekk?

Paling tak boleh lupa kita kena buat tangki air untuk projek share farm ni..pecah-pecah tangan beb angkat besi-besi tangki tu dengan nak peketat skru-skru yang dah berkarat..tapi Alhamdulillah semuanya selamat..junior-junior bawah kita pun menikmati hari susah payah kita..

::we rule ok::

Sunday, November 9, 2008

Jutawan Cendawan

"Bukan senang hendak tanam cendawan,'' demikian kata-kata yang terpacul dari mulut Nabil Sanusi, sebaik ditanya apakah beliau seronok dan tidak menyesal menceburi industri penanaman cendawan yang kini semakin popular itu.Kata-kata tersebut seakan satu 'pukulan balas' kepada mereka yang beria-ia ingin menceburi pertanian khususnya tanaman cendawan kerana membayangkan setiap helaian daun tanaman tersebut sebagai wang ringgit.
Kepada Nabil, membayangkan sesuatu yang menguntungkan boleh menjadi pendorong dalam setiap perkara yang diusahakan tetapi dengan syarat, perlu mengusai ilmu yang berkaitan untuk menjamin kejayaan.
Nabil, 37, yang kini terlibat dalam industri automotif pada mulanya hanya ingin mempelbagaikan sumber ekonominya dan memilih cendawan tiram kelabu untuk diusahakan.
Pada 2005, beliau ditawarkan mengusahakan tanaman orkid di Johor oleh Persatuan Penanam Orkid tetapi atas faktor tertentu dan lokasi yang agak jauh, Nabil menolak tawaran tersebut.
Namun tekadnya untuk mengusahakan sesuatu yang menguntungkan tidak pernah padam malah, sering terfikir melakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan.
Takdir telah menentukan beliau menceburi perusahaan tanaman cendawan apabila dipertemukan dengan seorang rakan di Nilai, Negeri Sembilan yang telah mengusahakan tanaman tersebut terlebih dahulu.
Beliau yang disarankan untuk mencuba bidang tersebut tidak menunggu lama, dan dengan sokongan keluarganya, Nabil mengambil keputusan untuk terlibat secara serius.
Nabil tidak perlu menunggu lama, sama ada kerana terpaksa menubuhkan syarikat atau membuat pinjaman terlebih dahulu, tetapi seperti kebanyakan usahawan pertanian masa kini, dia terus sahaja memulakan usaha di atas sekeping tanah seluas kira-kira 0.4 hektar (satu ekar) milik keluarganya di Jalan Ahmad Khushasi, Jenderam Hulu, Sepang, Selangor.
PelaburanBerbekalkan wang simpanan, Nabil membuat pelaburan awal sebanyak RM200,000 untuk membina tiga rumah cendawan bersaiz 70 kaki x 30 kaki pada awal tahun lalu dan menambah empat rumah lagi secara berperingkat-peringkat.
Beliau juga mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat khas, NAS Agro Farm pada Oktober tahun lalu untuk menjalankan operasi di kawasan tanah tersebut yang pada asalnya dusun buah-buahan.
Tanpa meninggalkan kerjayanya sebelum ini, beliau menambah pelbagai kemudahan dan kelengkapan sebagai bukti kesungguhannya untuk terbabit secara serius.
Nabil yang turut dibantu isterinya, Surina Saad, juga terpaksa menggaji tujuh pekerja termasuk seorang penyelia memandangkan tanaman cendawan memerlukan tumpuan dan kerja yang banyak.
Ketika ini, dengan pelaburan keseluruhan kira-kira RM400,000, kompleks tanaman cendawan tersebut telah dikembangkan operasinya dengan tujuh rumah cendawan yang memuatkan kira-kira 200,000 polibeg. Rumah itu dilengkapi sebuah bilik suntikan benih, rumah menyediakan polibeg dan alat pengukusan dan alat mencampur adunan substrat (media).
"Saya juga sedang menyiapkan sebuah makmal menghasilkan benih cendawan menggunakan teknik kultur tisu bagi mengatasi masalah pengusaha untuk mendapatkan benih yang baik,'' ujarnya.
Kelengkapan tersebut, kata beliau, dapat disediakan dengan bantuan peruntukan Jabatan Pertanian sebanyak RM10,000.
Nabil menjelaskan, beliau akan memberi tumpuan kepada pengeluaran benih, sebagai satu cabang perniagaan baru dalam industri tanaman cendawan supaya pengusaha sedia ada mudah mendapatkan bekalan.
Bagaimanapun katanya, pengeluaran benih yang boleh dilaksanakan dalam tempoh terdekat hanya akan dikomersialkan seawal-awalnya enam bulan daripada sekarang.
Ini kerana, beliau perlu terlebih dahulu memastikan benih yang dihasilkan bermutu tinggi sebelum dipasarkan kepada pengusaha lain.
Mengenai kemungkinan beliau akan menambah kemudahan sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran, Nabil berkata, meskipun permintaan terhadap cendawan amat tinggi, tumpuan perlu diberikan kepada tanaman sedia ada.
"Saya hanya mampu mengeluarkan 50 kilogram (kg) cendawan sehari sedangkan permintaan yang diterima sekurang-kurangnya 150 kg sehari dan kadangkala mencecah 200 kg,'' ujarnya.
Tambahnya, cendawan merupakan tanaman yang sensitif dan memerlukan kawasan bersih sepanjang masa.
Penggunaan bahan kimia perlu dielakkan sama sekali tetapi pada masa yang sama kawalan penyakit perlu beri keutamaan.
Katanya, penyakit utama cendawan ialah kulat hijau dan oren dan ia boleh dikesan dengan memerhatikan sebarang perubahan warna pada polibeg yang telah disuntik dengan benih.
Cendawan katanya, boleh mengeluarkan hasil selepas dua bulan disuntik dan kemudiannya dieramkan.
Sepanjang tempoh dua bulan setengah berikutnya, kutipan hasil boleh dilakukan enam atau tujuh kali.
Setiap cendawan yang dipetik pula dianggarkan mempunyai berat antara 80 dan 100 gram.
Pada masa ini, beliau memasarkan cendawan harga RM7 sekilogram dengan pembeli datang sendiri ke ladangnya untuk mendapatkan bekalan.
Beliau juga akan cuba mengusahakan tanaman cendawan spesies abalone dan telinga kera yang merupakan cendawan yang sedap dan kenyal.
Syarikat Nabil juga akan menawarkan kursus kepada mereka yang berminat mendapatkan pengetahuan mengenai aspek penanaman cendawan dan sebuah bangunan khas untuk tujuan itu sedang dibina.
Dalam pada itu, beliau juga memulakan usaha awal menternak cacing untuk menghasilkan baja kompos dengan memanfaatkan semula bahan substrat yang telah digunakan.
Sebuah bangunan khas disediakan untuk tujuan itu.
Selepas lebih setahun beroperasi, usaha Nabil semakin menampakkan sinar yang diharapkan.
Tetapi bagi mereka yang berminat, dia sekali berpesan, supaya bertahan kerana cendawan bukan satu tanaman yang mudah diusahakan.
"Saya sendiri pernah dilanda pelbagai masalah terutama serangan penyakit yang memaksa polibeg yang mengandungi benih dimusnahkan selain serangan makhluk perosak,'' ujarnya.
Fakta cendawan.Tidak mempunyai klorofil.
Membiak melalui spora yang bercambah menjadi hyphae (mycelia apabila jumlahnya banyak) yang tidak nampak dengan mata kasar.
Hypahe yang bercambah membentuk primary mycelia dan kemudiannya secondary mycelia.
Mengumpul nutrien daripada substrat.
Benih cendawan peringkat mycelia tumbuh atas substratnya sendiri seperti sekoi, barli gandum dan habuk kayu.
Cendawan yang popular ditanam ialah tiram kelabu (Pleurotus sajor-caju)sumber:utusan.com.my

::we rule ok::

Tuesday, November 4, 2008

Tanam Cili Boleh Jadi Jutawan

Tanam Cili boleh jadi JUTAWAN? kalau kene dengan modal dan volume yang tinggi menghasilkan cili memang tak mustahil dengan pelbagai kaedah kita boleh jadi jutawan cili ..ikuti kisah Nasir dann rakan-rakan dalam projek tanam cilinya .
“Daripada merempit di luar sana lebih baik anak muda menceburi bidang pertanian yang boleh memberi hasil yang lumayan.’’ Itulah nasihat daripada ketua projek teknologi penanaman cili secara fertigasi, Mohd. Nasir Ibrahim, 29, yang tidak mahu melihat anak-anak muda terus hanyut dan leka membuang masa tanpa melakukan perkara yang boleh mendatangkan manfaat.

Justeru , dia bersama dua saudara, Salehuddin Ibrahim, 26, Mohd. Ibrahim, 32, beserta tiga sahabatnya iaitu Shuhaimi Latef, 40, Fakharudin Mat Ali, 30, dan Nazri Abdul Majid, 39, mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang penanaman cili secara sambilan kerana mahu meningkatkan pendapatan melalui bidang pertanian.

Jika dahulu purata pendapatan mereka hanya di bawah RM1,000 setiap bulan, namun setelah menyertai projek perintis dalam kawasan pembangunan pertanian daerah Sik pendapatan setiap daripada mereka menjangkau RM3,000 sebulan dan purata setahun keuntungan yang diperoleh hasil penjualan cili boleh mencecah RM16,000.
Menurut Nasir yang juga menjalankan kerja-kerja pendawaian di sekitar Sik, sebelum menyertai projek teknologi penanaman cili secara fertigasi, dia hanya menanam cili dengan menggunakan kaedah penanaman tradisional dan hasilnya kurang memuaskan.
“Setelah mengikuti projek ini kami dapati hasil pengeluaran cili bertambah dari semasa ke semasa dan hasilnya semakin baik.
“Kini dalam sehari, kami boleh mengutip sehingga satu tan cili bagi setiap lot tanah dan cili itu dijual terus kepada pemborong,” katanya ketika ditemui di ladang mereka di Kampung Hujung Bandar, Sik, Kedah, baru-baru ini.

Menurut Nasir, projek ini adalah kerjasama daripada agensi-agensi yang berada di bawah Kementerian Perindustrian dan Asas Tani seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di bawah MoA Inc.
Sebagai contohnya, MARDI memberikan khidmat nasihat dan input seperti baja, racun dan sebagainya dan membantu dari segi teknologi bagaimana mahu menghasilkan cili yang bermutu tingi.

Ujar Nasir, mereka memilih cili kerana menyedari ia merupakan sayuran jenis berbuah yang popular dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran walaupun harganya sentiasa turun dan naik kerana kemasukan cili daripada luar negara seperti daripada Thailand.
Katanya, sewaktu memulakan projek ini pada tahun 2004, harga cili mengalami kemerosotan yang teruk sehingga jatuh kepada RM1 sekilogram akibat lambakan cili daripada luar.
“Pada waktu itu, memang kami rasa sedih kerana pulangan yang diperoleh tidak berbaloi dengan kudrat kami kerana ia begitu sedikit sehingga kami terfikir untuk menarik diri.
“Namun kerana minat yang mendalam kami tetap teruskan dan semakin lama, harga cili semakin baik dan kini ia mencecah RM5.80 sekilogram dan ini boleh membuatkan kami tersenyum lebar kerana kesabaran kami tidak sia-sia,” katanya.

Projek yang memasuki fasa ketiga ini sedang dituai hasilnya setelah pokok cili variati 568 ditanam pada Di“sember tahun lalu.
“Setiap daripada kami diberi lot tanah masing-masing yang mana setiap seorang menjaga 3000 pokok iaitu 800 beg di bawah struktur pelindung hujan dan 2,200 beg secara terbuka tanpa pelindung hujan.
“Kaedah penanaman cili secara fertigasi memudahkan kerja kami di ladang dan memendekkan waktu kami di ladang kerana sistem pengairan dan pembajaan dilakukan melalui mikro tiub dan dijalankan secara automatik," ujarnya.
Katanya, mereka menggunakan medium tanaman yang terdiri daripada sekam wap yang diperoleh daripada kilang padi di sekitar Alor Star dan sekam bakar tersebut ternyata baik bagi pembesaran anak pokok cili.

Nasir memberitahu, pihak MARDI menggalakkan mereka untuk menanam cili jenis variati 568 kerana ia mempunyai bentuk buah seperti kulai dan mudah dipasarkan.
Selain itu, katanya, buah itu sangat pedas serta pokok mengeluarkan buah yang berterusan dan mula masak di peringkat empat pengeluaran buah iaitu 70-75 hari selepas dipindahkan ke ladang.
Tambahnya lagi, pokok cili varieti 568 juga mempunyai bentuk yang tegap dengan sistem pendahanan yang banyak, seimbang, kuat dan tidak mudah patah selain tidak memerlukan sokongan pada setiap dahan.
“Pokok yang sederhana tinggi dan mudah dipetik menjadikan varieti ini menjadi pilihan penanam dan jangkamasa pemetikan adalah panjang iaitu sehingga tiga bulan,” ujarnya.
Jelas Nasir, mereka menjalankan pemasaran cili sendiri di sekitar Kedah, Pulau Pinang hingga ke sekitar Lembah Klang.

Setakat ini katanya, hasil daripada penjualan cili tidak pernah menghampakan mereka dan tahun ini mereka menjangkakan akan beroleh keuntungan sekitar RM18,000 kerana harga cili meningkat di pasaran.
“Kami hanya memperuntukkan masa selama dua hingga tiga jam di ladang kami untuk memantau pokok-pokok cili.
“Masa yang selebihnya boleh digunakan untuk melakukan pekerjaan lain kerana masa muda inilah kita perlu bekerja kuat untuk masa depan,” katanya.
Menurut Timbalan Pengarah Program Pembangunan Usahawan MARDI, Khadzir Darus, pihaknya sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian dan keusahawan kerana ia boleh mendatangkan hasil yang lumayan kepada pengusahanya.
“Lihat sahaja enam anak muda di Sik yang mengusahakan tanaman cili secara fertigasi, mereka membuktikan anak kampung juga boleh berjaya dengan usaha sendiri.
“Malah mereka juga memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung yang mengambil upah memetik cili di ladang mereka," katanya ketika melawat ladang Nasir dan rakan-rakannya di Sik baru-baru ini.
Menurut Khadzir, pihak MARDI juga sedang berbincang dengan Nasir dan rakan-rakan untuk memberikan peluang kepada mereka supaya mengikuti kursus dalam pembuatan sos cili supaya kepakaran mereka dalam tanaman cili boleh diperluaskan lagi.
copypaste:utusan.com.my

::we rule ok::

Gambar Trip to Alor Star


Macam kumpulan Rock posing untuk kulit Album. Jangan tak perasan gambar En Said tu..(dah Dr. kot sekarang ni).

::we rule ok::