Friday, December 19, 2008

Leslie Davidson, Tuan Ladang Unggul

Oleh Ravichandran D. J. Paul
Siri Rencana Anugerah Merdeka

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Datuk Leslie Davidson, seorang daripada lima penerima sulung Anugerah Merdeka kerana sumbangan cemerlang terhadap pembangunan Malaysia dan rakyatnya, merupakan antara nama yang disegani dalam sektor perladangan kelapa sawit.Keyakinan beliau bahawa penyelidikan dan pembangunan (R&D) adalah penting bagi industri berkenaan yang masih baru bukan sahaja membawa manfaat besar kepada penggiat industri tetapi juga menempatkan Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit nombor satu dunia.Malaysia dan negara pengeluar minyak sawit yang lain banyak mendapat manfaat daripada pengalaman dan usaha beliau dalam mencari penyelesaian inovatif sejak 1960-an.

Semasa ditemubual, Davidson berkata; "Saya hanya salah seorang daripada ramai pengurus ladang dan saintis, warga Malaysia serta warga asing, yang menyumbangkan kepada kejayaan awal industri minyak sawit. Ramai yang telahpun bersara dan ada pun yang terbunuh semasa Darurat. Oleh itu saya anggap anugerah ini sebagai satu penghormatan bukan sahaja bagi mana-mana satu orang, tetapi kesemua yang terlibat."

"Apabila saya tiba di Pamol Estate, Kluang, pada Mei 1951, semasa berusia 20 tahun, yang saya paling terasa ialah cuaca yang panas. Tiada pendingin hawa. Kelembapan yang tinggi di situ adalah ideal bagi pokok kelapa sawit tetapi bukan untuk manusia. Kluang pada masa itu merupakan antara kawasan hitam paling berbahaya semasa Darurat.

"Pada hari pertama saya di estet itu, apabila pengurus saya menghulurkan sepucuk Winchester Carbine, sebuah pistol automatik, dan menyediakan sebuah kereta perisai dan lima konstabel khas untuk mengiringi saya, saya rasa bagaikan telah sampai ke zon perang," kata Davidson mengenai tanggapannya akan negara ini apabila tiba semasa Darurat.Beliau berada di Semenanjung sehingga 1957 sebelum berpindah ke Cameroon di Afrika. Bagaimanapun, beliau dihantar ke Sabah pada 1960, yang pada masa itu sebahagian daripada Borneo, di mana beliau memainkan peranan penting membuka banyak ladang kelapa sawit bagi Unilever.

Davidson, 77, yang dilahirkan di Aberdeen, Scotland, akhirnya dilantik sebagai Pengerusi Unilever International Plantations Group.

GERAK HATI DAVIDSON MEMANG TEPAT
Apabila tiba di Sabah, beliau berhadapan dengan pelbagai cabaran getir. Di sinilah lelaki ini yang fasih berbahasa Melayu dan Hakka membuktikan semangat sebenar seorang perintis dalam bidangnya.Hari ini Tungud Estate yang dimulakan oleh beliau meliputi kawasan seluas 25 kilometer persegi di pantai timur Sabah.Ia bukan sahaja satu kejayaan bagi Davidson tetapi juga detik penentu bagi industri kelapa sawit.

Pokok kelapa sawit, yang berasal dari Afrika Barat, walaupun membesar dengan baik di sini namun tetap gagal berbuah. Beliau berpendapat ini mungkin kerana kegagalan debunga daripada jantan untuk sampai ke bunga betina.Bagaimanapun yang lain berpendapat ia adalah kerana hujan lebat tropika yang menghanyutkan debunga dan oleh itu penanaman kelapa sawit tidak sesuai di sini.Tetapi Davidson beranggapan di sebaliknya kerana mengetahui serangga yang sebenarnya mendebunga pokok itu.

Kini satu-satunya penyelesaian ialah untuk menguji 'hipotesis' beliau dengan mendebunga menggunakan tangan yang beliau lakukan dengan menggajikan beratus-ratus orang. Hasilnya mengesahkan gerak hati beliau itu.Bagaimanapun, beliau menyedari bahawa mendebunga menggunakan tangan adalah proses yang memerlukan banyak tenaga kerja dan hasilnya pula tidak memuaskan.Beliau kembali ke London pada pertengahan 1970-an untuk mengambilalih jawatan timbalan pengerusi Unilever tetapi masalah di Sabah masih tidak dapat dilupakannya.Beliau memaklumkan hal itu kepada pengurusan syarikat dan mendapatkan khidmat Dr Rahman Syed, seorang pakar bersama International Institute of Biological Control di Ascot, United Kingdom, untuk mencari penyelesaian.

Dr Rahman yang mengkaji pokok kelapa sawit di Cameroon mendapati sejenis kumbang berperanan dalam pendebungaan sementara di Malaysia sejenis serangga yang dikenali sebagai 'thrips' yang boleh ditemui di pokok kelapa melakukan tugas itu. Lagipun, thrips tidak terdapat di Borneo dan oleh itu pendebungaan tidak boleh berlaku.Bagaimanapun kajian yang sama menunjukkan serangga ini tidak secekap kumbang.

Selepas kajian teliti dijalankan, kumbang itu diperkenalkan di Malaysia dan kemudian ke ladang-ladang kelapa sawit di banyak negara Asia Tenggara, Pasifik dan Amerika Selatan.Ia satu penemuan besar kerana pendebungaan berkesan telah membantu meningkatkan output minyak sawit sejak itu dan membolehkan penanaman kelapa sawit di banyak negara.

"Fasa pertama pengembangan sektor penanaman kelapa sawit (1950-1985) dicapai menerusi peningkatan hasil dan produktiviti (termasuk pendebungaan oleh serangga) yang menggandakan purata pengeluaran setiap hektar daripada 2 tan metrik kepada 4 tan metrik membawa output Malaysia daripada 50,000 tan metrik pada 1950 kepada 3 juta tan metrik pada 1985.

"Bagaimanapun, pada fasa kedua peningkatan besar daripada 3 juta tan metrik hingga 16 tan metrik dicapai dengan menanam lebih banyak lagi kawasan. Purata hasil setiap hektar sebenarnya telah menyusut sedikit," jelas beliau.Usaha Davidson itu menerima pengiktirafan apabila beliau dikurniakan gelaran Datuk bersama dengan Dr Rahman. Beliau sebenarnya telah mencetuskan satu budaya penyelidikan dan pembangunan bagi para pengurus lapangan serta penyelidik tempatan untuk membantu negara kekal di tangga teratas dalam sektor kelapa sawit.

PENUH DENGAN IDEA
Kemudian sebagai pengerusi Unifield di Bedford, beliau membantu menggalakkan teknik kultur tisu kerana teknik itu merupakan satu-satunya cara untuk menghasilkan klon-klon kelapa sawit yang mengeluarkan hasil yang tinggi.Syarikat itu mengeksport anak-anak pokok yang dihasilkan dengan cara ini ke pelbagai bahagian dunia.Ditanya nasihat beliau akan bagaimana Malaysia boleh terus kekal di hadapan dalam industri ini, katanya: "Dalam satu atau dua dekad akan datang kita harus kembali ke R&D dengan penekanan pada penambahbaikan hasil serta produktiviti, jadi peningkatan dalam pengeluaran dicapai dengan peningkatan minimum dalam kawasan tanaman.

"Anda perlu ingat akan sumbangan Malaysia dan industri minyak sawitnya dalam menyediakan makanan bagi dunia sejak beberapa dekad yang lepas, semasa banyak daripada negara-negara membangun bergantung kepada derma makanan daripada Barat.Industri itu menghasilkan sepuluh kali lebih banyak minyak sayuran setiap hektar berbanding kacang soya serta menawarkan 20 kali lebih banyak peluang pekerjaan," katanya.Ini telah membolehkan Malaysia untuk kekal sebagai antara negara yang masih banyak berpokok di dunia. Jika Malaysia menanam kacang soya di sebalik kelapa sawit ia pasti tidak mengambil kawasan seluas 4.2 juta hektar tetapi 42 juta sedangkan lebih ramai akan menganggur di Asia Tenggara.

KENANGAN MANIS AKAN MALAYSIA
Mengenang semula zaman awalnya, beliau berkata; "Satu atau dua bulan selepas harijadi ke-21 saya, nasib baik saya terlepas daripada serangan hendap yang menunggu saya di pinggir kawasan yang dipugar. Jika tidak sudah pasti saya akan dikebumikan di Malaya."Bagaimanapun, balasan bagi kehidupan yang mencabar di Semenanjung dan kemudian di Sabah, ialah persahabatan seumur hidup yang saya telah jalin bersama rakyat Malaysia dari semua kaum.

Kami turut serta dengan mereka dalam satu majlis besar di ladang untuk meraikan Merdeka pada 1957: Kami turut serta dengan mereka di Sabah, untuk meraikan pembentukan Malaysia pada 1963, dan saya gembira untuk turut serta dengan mereka sekali lagi untuk meraikan ulangtahun ke-50 Merdeka di KL pada tahun lepas."Lebih menarik, Davidson yang kini menetap di Ditchling, Sussex, di United Kingdom kini menyambung semula pendidikannya dengan mengikuti pengajian mengenai sejarah di Sussex University. "Walaupun lewat ia tetap menarik!", kata Davidson apabila ditanya bagaimana beliau menghabiskan masa pada zaman persaraannya.

Beliau juga telah menulis sebuah buku berdasarkan kepada pengamatan beliau mengenai Sabah pada zaman awal.Edisi kedua buku beliau 'East of Kinabalu' akan dilancarkan minggu ini. Buku itu menunjukkan semangat perintis serta pengalaman yang dilaluinya yang dianggap penting daripada sudut pandangan sejarah dan sastera. Maklumat dalam buku itu juga menunjukkan ciri seorang pemimpin yang pemurah di kalangan masyarakat majmuk di ladang.Davidson merupakan antara lima pemenang Anugerah Merdeka 2008, satu inisiatif Petronas dan diasaskan bersama dengan ExxonMobil dan Shell.Beliau telah dipilih dalam kategori sumbangan cemerlang kepada pembangunan Malaysia dan rakyatnya.

- BERNAMA

::we rule ok::

Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha


Hari raya yang penuh dengan erti pengorbanan. Ada yang berkorban dengan sanggup meninggalkan keluarga untuk masuk ke estet yang terletak di pendalaman demi untuk berbakti pada negara. Samada yang jadi estet manager ataupun kawan-kawan kita yang menjadi pendidik di sekolah-sekolah pendalaman di Sabah dan Sarawak.
Macam-macam lagi pengorbanan.. walau apapun setiap pengorbanan pasti akan dibalas dengan ganjaran yang sewajarnya..kalau tidak pun kerana keikhlasan kita ganjaranya pahala dari Allah SWT.

::we rule ok::

Tuesday, December 2, 2008

Built in broadband in laptop

Sesapa yang tengah carik laptop..Celcom baru launch dengan Dell.. model laptop yang sudah buit-in broabdand dengan spesifikasi Pentium Duo Core. Apa yang diperlukan cuma beli laptop jenis Latitute keatas dah register dengan Celcom 019 atau 013 Postpaid.

Corporate/Employee 3G Broadband Packages:-

1. RM68/mth for speed up to 384kbps = 3G
2. RM90/mth for speed up to 3.6Mbps = 3.5G / HSDPA

Bila sim card dah activate, cuma slotkan di SIM card slot di laptop dan akses to internet.

So far, most of major town e.g Kuching, Miri, Sandakan, KK, Lahad Datu, Kulim, Kuala Kangsar dan lain-lain dah ada 3G coverage, and some town also dah ada HSDPA (3.5G).

Untuk check 3G ke tidak your area..boleh check kat sini http://www.celcom.com.my/cep/xresources/CelcomCORP/broadband/html/index.html lepas to click coverage map, masukkan nama tempat dan click submit..

So, harap-harap ramai lagi kawan-kawan kita yang boleh access to internet and contribute to this blog.

::we rule ok::