



Salam semua...
8hb Januari 2010 hari tu dapat invitation ke Malam Simfoni Kasih UiTM..Malam Alumni untuk semua bekas-bekas pelajar-pelajar UiTM dari pelbagai jurusan. Untuk majlis ini, sebanyak RM1 juta dapat dikutip dari Alumni yang kebanyakkannya tokoh-tokoh korporat Melayu.
Bila pulak korporat-korporat dari batch kita yang akan dicalonkan sebagai Tokoh Alumni..yang sentiasa memberikan sumbangan dari segi kewangan untuk membantu bangsa Melayu dan bumiputera untuk mendapat peluang bagi melanjutkan pelajaran di UiTM. InsyaAllah..suatu hari nanti.
Sorry Ali takde nak call..ingat nak jengok sekejap jea tapi tunggu gak sampai abis..ada perasan En Zul..Admin kita masa kat Arau tapi segan nak tegur sebab rasanya dia pun tak ingat kita. carik juga kalau-kalau nampak geng DPIM atau lecturer..tapi sebab ramai sangat sampai tak perasan sorang pun..
Kalau jadi Mega Reunion DPIM macam nilah agaknya..bangga tengok ramai ex-student UiTM yang dah berjaya..kalau takde UiTM kat manalah kita sekarang ni...
::we rule ok::